
AKu dalam dilema..
Nak terima tapi takut ambik risiko
Taknak terima takut menyesal dikemudian hari
Ya Allah berikan aku petunjuk dan permudahkan segala urusanku...
Amin
Ngantoknye!!..
tepat jam 10pagi aku bangun sebab dikejutkan akak aku untuk kemaskan pakaian untuk balik kampong. Walaupon mata aku sangat mengantok, tapi aku fikir baju aku tak keringkan lagi so gigihkan diri jugak pegi dobi segera. Capai cap, sarung baju dan terus pegi tanpa bersihkan diri terlebih dahulu. Masam jugak la tapi aku ada kisah? Hehe..
Lately, aku selalu tido lewat la. Malam yang sebelumnya tido lewat jugak pukul 4 lebih sebab merayau2 kat downtown danau kota survey ape yang patut. Jalan jem tak ingat dunia! Aku dah agak tapi redahkan jugak. Huhu. Then, aku singgah mamak pelita bangsar untuk sahur terus sebab aku tau, nanti dah balik mesti malas nak bangun sahur. Seperti biasa kalau pegi mamak, meggi goreng ayam(bahagian dada sahaja ye) dan teh o suam menjadi hidangan aku. Tak sangka sedap gak meggi goreng dia. Mungkin sebab aku lapar kot. haha
Malam tadi, tido lambat lagi sebab teman membe pegi buat photoshoot kat jalan ampang. Tema dia sama macam aku pernah buat dulu. The result was superb! And the photographer was amazing! Dia tau mane angle mane yang menarik dan dia betul-betul professional. Mane tak nye, dia biasa bekerjasama dengan amber chia dan supermodel lain. Nice to know him tho. The shoot started at 11pm and ended 3hrs later. Then lepas shoot tu, sekali lagi aku ke pelita bangsar untuk santap makanan yang sama macam malam semalam – meegi goreng ayam(dada sahaja ye) tapi minum tukar sebab tiba2 teringin nak minum the tarik pulak.
MENGADA!!
Engkau masih seperti dulu
Biarpun cuaca berubah-ubah,
namun engkau masih tetap begitu.
Aku tak salahkan kau
kerna itulah engkau.
Engkau tetap engkau!
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupon pada mulanya agak kaku untuk beraksi depan kamera. I already did my best but I believe I can do better. (statement confident!)… haha. Takpe, aku anggap ni pengalaman pertama dan mungkin esok lusa boleh diperbaiki lagi..
Ape? Mane gambar? Hmmm… sorry guys takleh nak post kat sini sebab ia terlalu peribadi utk titontonkan pada smua. Bayangkan je la, berlatar belakang kain baldu berwarna hitam, lighting yang samar-samar dan sebujur tubuh sahaja yang dijadikan objek sasaran. Jadi, ia terlalu sulit untuk dimuat naik disini ;)
Semuanya bermula jam 1130 malam dan berakhir jam 4 pagi. Lama jugak kan? YE! Memang lama sebab keseluruhan gambar yang diambil lebih kurang 500 shots! Dari berdiri seperti tugu negara sampai la terduduk seperti keresahan. Sekali lagi, terima kasih kepada “si photographer” sebab memberi kesempatan ini. Termakbul jugak impian aku untuk buat studio photoshoot. Nanti ada masa kite shoot lagi eh!...huhu
Tetibe aku terfikir nak cari membe yang boleh ambik gambar (pro photographer) dan aku teringat sorang membe yang boleh buat. Dulu aku pernah jumpa dia beberapa kali and dia ada cakap tunggu figure aku dah mengiurkan baru dia akan shoot. Tapi bukan bermakna sekarang dah cukup mengiurkan ye! Aku Cuma boring dan teringin nak ada personal pic yang aku boleh buat koleksi untuk masa depan. Terbayang dalam kotak fikiran aku, lighting yang samar2 dan terbujur di bangku keseorangan merenung masa depan dan “hasil kerja keras aku selama workout kat Celebrity Fitness(formely known as California Fitness)”.
Lepas beberapa sms dilayangkan, dia dah confirm malam nanti lepas workout boleh shoot. Tanpa membuang masa, aku pon pegi gym dan workout bagai nak gila. Hahaha. Untuk kepuasan diri sendiri dan hasil lepas shoot nanti gak. Tapi setelah lama menunggu, tiba2 dia cakap nak postpone lak kehari lain sebab penat baru lepas cycling katanya. Geram tu ada jugak tapi aku malas nak fikir. Itu hak dia sebab aku nak gunakan khidmat dia. Tak guna memaksa kalau nanti hasilnya tidak seperti yang aku gambarkan. Kalo takde hari ni, esok lusa masih ada.