Friday, October 9, 2009

~ Dilemma ~







AKu dalam dilema..



Nak terima tapi takut ambik risiko



Taknak terima takut menyesal dikemudian hari



Ya Allah berikan aku petunjuk dan permudahkan segala urusanku...



Amin

Saturday, September 19, 2009

Pagi SABTU yang Mengantok



Ngantoknye!!..


tepat jam 10pagi aku bangun sebab dikejutkan akak aku untuk kemaskan pakaian untuk balik kampong. Walaupon mata aku sangat mengantok, tapi aku fikir baju aku tak keringkan lagi so gigihkan diri jugak pegi dobi segera. Capai cap, sarung baju dan terus pegi tanpa bersihkan diri terlebih dahulu. Masam jugak la tapi aku ada kisah? Hehe..

Lately, aku selalu tido lewat la. Malam yang sebelumnya tido lewat jugak pukul 4 lebih sebab merayau2 kat downtown danau kota survey ape yang patut. Jalan jem tak ingat dunia! Aku dah agak tapi redahkan jugak. Huhu. Then, aku singgah mamak pelita bangsar untuk sahur terus sebab aku tau, nanti dah balik mesti malas nak bangun sahur. Seperti biasa kalau pegi mamak, meggi goreng ayam(bahagian dada sahaja ye) dan teh o suam menjadi hidangan aku. Tak sangka sedap gak meggi goreng dia. Mungkin sebab aku lapar kot. haha

Malam tadi, tido lambat lagi sebab teman membe pegi buat photoshoot kat jalan ampang. Tema dia sama macam aku pernah buat dulu. The result was superb! And the photographer was amazing! Dia tau mane angle mane yang menarik dan dia betul-betul professional. Mane tak nye, dia biasa bekerjasama dengan amber chia dan supermodel lain. Nice to know him tho. The shoot started at 11pm and ended 3hrs later. Then lepas shoot tu, sekali lagi aku ke pelita bangsar untuk santap makanan yang sama macam malam semalam – meegi goreng ayam(dada sahaja ye) tapi minum tukar sebab tiba2 teringin nak minum the tarik pulak.

MENGADA!!

Thursday, September 17, 2009

OH B.U.L.A.N


KENAPA bulan muncul kembali jika yang tinggal bintang semata?



Aku mengharap bulan boleh memancarkan cahayanya sendiri

tetapi aku silap kerana bulan hanya memantulkan cahaya bintang-bintang.

Maka ternyatalah bintang-bintang lebih gemerlapan

berbanding bulan yang kadang kala timbul.

Wednesday, September 16, 2009

E.N.G.K.A.U

Engkau masih seperti dulu


Biarpun cuaca berubah-ubah,

namun engkau masih tetap begitu.

Aku tak salahkan kau

kerna itulah engkau.


Engkau tetap engkau!

Tuesday, September 15, 2009

Accomplished



Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupon pada mulanya agak kaku untuk beraksi depan kamera. I already did my best but I believe I can do better. (statement confident!)… haha. Takpe, aku anggap ni pengalaman pertama dan mungkin esok lusa boleh diperbaiki lagi..

Ape? Mane gambar? Hmmm… sorry guys takleh nak post kat sini sebab ia terlalu peribadi utk titontonkan pada smua. Bayangkan je la, berlatar belakang kain baldu berwarna hitam, lighting yang samar-samar dan sebujur tubuh sahaja yang dijadikan objek sasaran. Jadi, ia terlalu sulit untuk dimuat naik disini ;)

Semuanya bermula jam 1130 malam dan berakhir jam 4 pagi. Lama jugak kan? YE! Memang lama sebab keseluruhan gambar yang diambil lebih kurang 500 shots! Dari berdiri seperti tugu negara sampai la terduduk seperti keresahan. Sekali lagi, terima kasih kepada “si photographer” sebab memberi kesempatan ini. Termakbul jugak impian aku untuk buat studio photoshoot. Nanti ada masa kite shoot lagi eh!...huhu

Sunday, September 13, 2009

12 September 2009


Petang yang membosankan. Aku mencari idea ape yang aku nak buat malam nanti ek? HMmm…




Tetibe aku terfikir nak cari membe yang boleh ambik gambar (pro photographer) dan aku teringat sorang membe yang boleh buat. Dulu aku pernah jumpa dia beberapa kali and dia ada cakap tunggu figure aku dah mengiurkan baru dia akan shoot. Tapi bukan bermakna sekarang dah cukup mengiurkan ye! Aku Cuma boring dan teringin nak ada personal pic yang aku boleh buat koleksi untuk masa depan. Terbayang dalam kotak fikiran aku, lighting yang samar2 dan terbujur di bangku keseorangan merenung masa depan dan “hasil kerja keras aku selama workout kat Celebrity Fitness(formely known as California Fitness)”.

Lepas beberapa sms dilayangkan, dia dah confirm malam nanti lepas workout boleh shoot. Tanpa membuang masa, aku pon pegi gym dan workout bagai nak gila. Hahaha. Untuk kepuasan diri sendiri dan hasil lepas shoot nanti gak. Tapi setelah lama menunggu, tiba2 dia cakap nak postpone lak kehari lain sebab penat baru lepas cycling katanya. Geram tu ada jugak tapi aku malas nak fikir. Itu hak dia sebab aku nak gunakan khidmat dia. Tak guna memaksa kalau nanti hasilnya tidak seperti yang aku gambarkan. Kalo takde hari ni, esok lusa masih ada.

Cenderamata







Aku tak hebat nak ambik gambar tapi ini je yang aku mampu untuk dapatkan “shot” yang terbaik. Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih Fardini utk coklat tu (walaupon lambat sebulan ;P), Pn.Aishah for pic holder, Mdm Tan Ai Lin& Pn. Norly for the nice Hari Raya card..dan yang paling penting to my BOSS Pn. Aida Zahara for the lovely cufflink. Thank you so much! Really appreciate it.


EH! ada tertinggal sorang lagi la....yang bagi kek dari TM tu...kepada yang memberi tu.. Thanks a lot ya ;)

11 September 2009

15 minggu sudahpun berlalu dan semuanya hanya tinggal kenangan yang tak dapat dilupakan. Banyak pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh berkenaan. Pahit manis menjadi seorang insan yang bernama manusia memang banyak mengajar terutamanya erti kehidupan. Sabar mengharungi dugaan yang diuji olehNya menjadi pegangan aku setelah ape yang terjadi dan membuat aku redha menghadapinya. Aku percaya semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan kini aku tahu Allah lebih menyayangi aku, maka ini lah jalan yang Dia nak aku ikut dan aku yakin akan ada sinar dihadapan yang menanti.

“When God closes one door, He will open another”

Thursday, September 10, 2009

1 September 2009


Hari inilah bermula segala kisah hitam dalam hidupku. Kesalahan yang mungkin kecil bagi diriku tetapi tidak pada dia. Kerana mengikutkan hati yang dipengaruhi, tangan menghentak pintu dengan kuat tanpa memikirkan hati dia.

Disebabkan hal itu, sehingga kini 10september dia masih mendiamkan diri. Segala sms/call aku tak dijawab. Cuma diberikan kata dua samada dia masih marah dan ambil masa yang lama untuk baik atau mungkin dia memang dah tak suka.

Jauh disudut hati aku tahu yang dia masih sayang padaku tapi sejauh mane kebenaran "instinct "aku tu pon aku tak tau. Segala pendapat yang diberi kawan2 ada "pros&cons". Ada yang berkata lupakan dia dan memang tiada jodoh lagi antara kami. Ada juga yang berkata beri dia masa mungkin dia tengah marah. Tapi selama mana aku harus tunggu?

"seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, titipkanlah kebahgiaan antara kami agar kemesraan itu abadi buat selamanya"

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.